Beautiful Friends

Monday, January 9, 2012

Kobis masak lemak putih -vs- Ikan tenggiri masak asam pedas




Assalamualaikum all,

Ari ni entah ape pasal la pulak, perut punya la lapar. Pagi-pagi lagi dah mencari nasi. Tapi takmo la makan belen lauk sambal tumis telur puyuh tu. Nak kena masak lain jugak la ni. Maka seawal jam 10 pagi Ibu gigih masuk dapur masak lauk kobis masak lemak putih. Selesai masak, terus soru.. alhamdulillah.. setel. Tapi lauk ni bukan la lauk universal, yakni diterima semua. Anak-anak kompom tak makan lauk ni. Pada dia orang, sayur tetap sayur makanya kena goreng.

Then lunch la pulak. At last Ibu decided masak asam pedas ikan tenggiri je la. Biasa ikan tu terus masuk dalam kuah cuma kebelakangan ni Ibu try goreng dulu. Bujang Sulong tu dia suka ikan yang isi lembut tapi tang kulit dia tak suka yang lembut.. dia geli (kunun). So, solution.. goreng la dulu ikan tu. Alhamdulillah.. memang makin bertambah-tambah makan.. Even Haazem & Arif pun makan sekali.

Cuma nak bagi tau je la ni.. Ibu pun tho' pagi dah makan nasi, lunch pun layan nasi jugak. Mana tahan, asam pedas ni memang favorite Ibu. Cuma masa makan tu tak rasa bersalah pun, tapi lepas kenyang.. mula la dok menghitung KILOGRAM.. Abih camno tu??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...