Beautiful Friends

Monday, January 2, 2012

Muhammad Amirul Haazem


Muhammad Amirul Haazem B. Mohd Faeiz, lahir pada 21hb Jun 2004. Masa mengandungkan Haazem ni, punyalah banyak kenangan.. time ni la Ibu first time kena tinggal sensorang sebab Cik Asben pi Argentina (first job), dah tu Haazem ni pulak songsang, dengan time ngandungkan Haazem ni jugak la Ibu ambik VSS.. ishhh, memang banyak dugaan.. tapi suma tu Ibu redha' sebab masa mengandungkan Haazem ni jugk la, alhamdulillah rezeki keluarga kami semakin baik.

Then bila Haazem lahir, Cik Asben dapat pulak offer ke China. So abis je pantang, terus la kami sekeluarga terbang ke Henan. Memang masa kat sana selalu kitaorg kena marah sebab bawak Haazem ni keluar (time tu musim hujan). Tapi nak buat macam mana, dah rezeki macam tu.. terima aje la.. Dia ni sejak dari kecik memang manja "lebih" sikit dengan Ibu, kena marah macam mana pun, dia sure cari Ibu balik.. sampailah ke la ni.
 

Tak tau la nak kata ape, maybe sebab sempat "membesar" kat China, so sorang ni rupa macam Ah Tai la sikit. Muka garang, tapi "dalam hati ada taman". Even sampailah ke hari ni, tho' bergaduh macam mana pun, ended-up mesti dia yang menangis. Badan besar, muka ganaz tapi manja sangat. Tu sebab la sampai ke la ni, Ibu panggil Si Manja. Tapi sure dia tak suka kena panggil macam tu kan.. mana ada anak lelaki suka kena panggil macam tu. Tapi ada aku kisah...


Harapan Ibu agar, Haazem membesar menjadi anak yang soleh, sihat tubuh badan serta akal fikiran, berbakti pada ibu & ayah. Di samping itu agar Haazem berjaya & selamat di dunia akhirat.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...