Beautiful Friends

Tuesday, March 6, 2012

Gulai telur ikan berpetai


Assalamualaikum dan selamat pagi.
Menyampaikan hajat Cik Asben.. gulai telur ikan berpetai. Hajat asal Ibu nak campur mangga, siap dah berkirim dengan Cik Asben lagi. Tapi last minute, dia tukar plan la pulak. Takpe la kan, ada rezeki.. kita masak yang lain pulak. 

Sebenarnya Ibu bukanlah masak telur ikan semata, bawah telur-telur ikan tu ada jugak isi ikan merah untuk pemanis. Tapi sebab telur ikan dah terlalu banyak, so tenggelam la isi-isi ikan tu. BTW, anak-anak tak makan pun lauk ni (kunun sebab ada petai). Macam-macam la peil bebudak ni. Ada masa, okey jer la pulak. Jadi nyer untuk anak-anak Ibu terpaksa masak lauk yang lain pulak la.

BTW, masak gulai telur ikan ni sama jugak dengan masak lauk-lauk "gulai" yang lain. So rasa tak perlulah nak diterangkan dengan lebih lanjut tentang recipe and so forth. 

1- Cuma perlu blend cili api, then tapis lalu masukkan air cili api ke dalam periuk.
2- Letak sikit kunyit serbuk (jika tidak ada kunyit segar).
3- Masukkan santan dan kacau selalu untuk mengelakkan kuah meruap.
4- Tambahkan air, jika santan terlalu pekat.
5- Setelah kuah masak, masukkan ikan, telur ikan dan petai.
6- Jika rasa ingin menambah aroma, bolehlah dimasukkan 2 batang serai (ketuk sedikit)
7- Akhir sekali perasakan dengan garam.
8- Selesai sudah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...