Beautiful Friends

Thursday, March 15, 2012

Kambeh goreng belado


Assalamualaikum dan selamat pagi..

Marathon nak menghabiskan kambas/kambeh yang tinggal tak sampai separuh. Nanti kalau lewat di masak;

1- Ibu terus jadi malas
2- Terlupa 
atau
3- Rosak dalam fridge je la

Jadinya sementara idea masih "segar" ni, elok la dipercepatkan apa-apa yang sepatutnya.

Nak masak lauk ni, punyalah senang. Hatta Amsyar pun boleh buat sendiri (with my supervision la). Okey jom kita semak resepi. Shall we..

Bahan-bahan;
Separuh biji kambas (kalau ramai yang makan - guna la sebiji)
Cili api secukup pedas
Segenggam ikan bilis
* dibahagi kepada 2 bahagian - untuk ditumbuk sebagai penumis dan sebagai sidekicks
Sebiji bawang besar
* juga dibahagi kepada 2 bahagian - untuk ditumbuk sebagai penumis dan sebagai sidekicks
5-6 ulas bawang putih
2 biji telur

Cara-caranya;
1- Goreng sebahagian dari ikan bilis hingga garing dan ketepikan
2- Bawang putih, bawang merah dan sebahagian dari ikan bilis ditumbuk kasar lalu ditumis hingga naik bau.
3- Setelah itu masukkan kambas yang telah dibersihkan (dibuang biji) serta dipotong serong dan gaul hingga serata.
4- Masukkan baki bawang merah yang telah dihiris kasar dan gaul sebati.
5- Pecahkan telur dan kocok (macam buat telur dadar)
6- Apabila kambas telah hampir lembut, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan garam.
** Siap dah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...