Beautiful Friends

Monday, March 5, 2012

Kepala ikan merah kukus tomyam



Assalamualaikum all,
Lunch ari ni masih dengan tema IKAN. Kali ni kepala ikan merah pulak yang jadi mangsa. Sebetulnya Ibu just came back from the Hawally Clinic sebab nak menguruskan hal-hal admission Arif untuk ke LKG. So memang tak sempat la nak menggulai atau masak kari etc. Kukus-mengukus ni kira my gate-way untuk bab-bab masak yang paling ringkas dan senang disediakan. Tambahan pulak kejap lagi Bujang Sulong dah balik dari sekolah pulak. Tu sebab Ibu decided kukus kepala ikan merah je hari ni. BTW, hope Amsyar will agree with it.

Okey, without further ado.. jom semak resepi.

Bahan-bahan;
Kepala ikan merah
* 2 peket pes tomyam Adabi
* Sebiji bawang besar – dihiris
* 2 batang serai – dihiris
* Halia – sebesar ibu jari – dihiris
* 3-4 sudu makan sos ikan
2 helai daun limau purut
5-6 ulas cili api (jika hendak pedas)
Sebiji lemon
Sedikit gula dan garam

Sidekicks;
Lobak merah, bunga kobis celery dll.

Cara-cara menyediakannya;
1- Bersihkan kepala ikan merah, toskan airnya dan ketepikan.
2- Satukan bahan-bahan * bersama pes tomyam dan perasakan dengan sedikit gula dan garam.
3- Gaulkan bersama sos ikan.
4- Masukkan juga daun limau purut.
5- Setelah itu sapukan pes tadi pada kepala ikan sehingga rata.
6- Letakkan kepala ikan ke dalam kertas aluminium yang telah disapu dengan sedikit minyak.
7- Masukkan sayur-sayuran beserta cili api yang telah dibelah dua.
8- Perahkan jus lemon.
9- Bungkus dengan kemas dan kukus 30-45minit (atau sehingga kepala ikan masak)
10- Alhamdulillah.. dah masak..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...