Beautiful Friends

Thursday, March 22, 2012

Khasiat Bawan Merah



Assalamualaikum all,

Kali ni jom kita cerita pasal Cik Bawang Merah pula ya. Bawang ni ada dua jenis;
1- Bawang merah hat kecil
2- Bawang besar

Cik Bawang ni punya la femes hinggakan menjadi salah satu sayuran yang penting dalam bahan masakan masyarakat Melayu. Manakala daun bawang merah pula boleh digunakan sebagai tambahan rencah dalam masakan sup, sayur-sayuran, salad atau pun sebagai penghias lauk-lauk lain.

Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi.

Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang khasiat bawang merah terhadap kesihatan manusia. Dari hasil penyelidikan tersebut, mereka mendapati bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian utama. 

1- Sebatian pertama ialah sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan sebatian kedua pula ialah flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Dari penyelidikan terkini, bawang merah didapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar). Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser.

2- Bawang merah juga didapati boleh menghindarkan kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan seterusnya meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok. Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.

Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu penumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda (ini memerlukan rujukan dan kajian yang lebih terperinci).




Manakala bawang besar pula, terdapat  bawang besar China (jenis bulat) lebih sedap berbanding dengan bawang besar India (bulat leper dan lebih 'pedas'). 

Kajian saintifik mendapati setiap 100 gram bawang besar, bahagian yang boleh di makan mengandungi 83 g air, protein (1-2 g), karbohidrat (5-9 g) dan tenaga 150 kiloJoule. Bahagian bawang yang boleh dimakan mencapai 90% dari kesemuanya kerana bawang besar hanya mempunyai kulit yang sangat nipis dan bertahan agak lama. Kandungan terpenting dalam bawang besar dikenali sebagai S-Alkenyl cysteine sulphoxides iaitu bahan aktif yang berfungsi dalam menambahkan perisa dan kesedapan dalam makanan.
Lepas ni nampaknya Ibu kena rajin guna bawang kecil instead of bawang besar la. Selama ni bawang kecil hanya berguna kalau Ibu nak buat bawang goreng saja. 


Nota kaki;
Entri kali ini adalah jasa baik dari Tok Wi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...