Beautiful Friends

Saturday, March 24, 2012

Makanan Segera a.k.a Fast Food



Sedapkan..
Sesedap mata memandang, sedap lagi tekak yang menelan. Tinggal di negara Pasir Berdengung ni memang senang sangat laa nak jumpa kedai makanan segera. Even di bawah tempat tinggal Ibu ni sahaja ada dua kedai makanan segera. Tak cukup dengan itu, satu lagi kedai sedang dalam pembinaan. Tunggu je la sebulan dua lagi. Semakin bertambah la pilihan untuk anak-anak Ibu "menapau" ketika dalam keadaan darurat.

Tapi tahukah kita bahawa pengambilan makanan segera yang kerap sebenarnya adalah tidak baik untuk kesihatan diri. Mereka yang suka mengambil makanan segera ini adalah amat terdedah untuk mendapat penyakit seperti kegemukan, diabetes, darah tinggi, buah pinggang, obesiti, penyakit jantung dan kanser. Makanan segera juga diketahui sebagai makanan yang mengandungi kurang khasiat serta kadar karbohidrat yang tinggi tanpa vitamin atau zat yang berfaedah.

Memang makanan segera seperti burger, kentang goreng dan ayam goreng mengandungi sejumlah protein, zat besi, kalsium dan beberapa jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Akan tetapi, kebanyakan makanan tersebut tinggi kalorinya, tinggi kandungan gula dan garam serta berlemak. Makanan tersebut kurang serat dan vitamin yang juga diperlukan tubuh. Ketidakseimbangan inilah yang akan mendatangkan masalah pada kesihatan.


Namun demikian masih terdapat beberapa cara untuk memastikan kita masih boleh menikmati makanan segera dengan tidak mendatangkan pelbagai masalah atau penyakit pada masa akan datang. Ini boleh dilakukan dengan cara;

Jika terpaksa membeli di restoran atau gerai, ada beberapa perkara perlu diikuti :
1. Pilih makanan yang segar dan baru dimasak.
2. Hadkan pengambilan makanan yang dirasakan mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa tambahan.
3. Jangan beli makanan yang sudah hangus.
4. Pastikan makanan yang dibeli tidak mengandungi benda-benda asing seperti rambut, batu, pasir dan serangga.
5. Perhatikan juga kebersihan persekitaran restoran atau gerai.
6. Perkakas yang digunakan untuk menyajikan makanan pun perlu diperhatikan kebersihannya.
7. Elakkan makanan yang sudah digoreng berulang kali.
8. Pilih hidangan yang seimbang mengikut piramid pemakanan.
9. Untuk minuman, elakkan minuman berkarbonat.

Kalau terpaksa membeli di restoran makanan segera pula :
1. Pilih ayam panggang dan elakkan memilih ayam goreng.
2. Pilih saiz sajian yang kecil.
3. Pilih hidangan yang kurang lemak.
4. Jangan pesan minuman berkarbonat, sebaliknya pilih jus buah-buahan atau air kosong.
5. Jika ingin mengambil salad, pastikan sosnya rendah kalori.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...