Beautiful Friends

Wednesday, March 21, 2012

Petai Goreng Berlada


Okey, its dinner time.. something yang bakal mengharu-birukan toilet Ibu. Nevertheless, sambil makan sambil berubat. Banyak khasiat biji petai ni. Pada yang tak sanggup "mulut berbau", ape susah... lepas makan, pi la gosok gigi. But, if you insist not to.. nak buek camano lak kan.

Dulu pun Ibu tak berapa nak makan sangat lauk-lauk yang "berpetai" tapi bila dah dok jauh dari Tanah Malaya ni, ngada-ngada la pulak. Dah la sekilo sampai RM40.00.. tapi sangguppppp..

Okey, without further ado.. pada yang rasa macam nak try masak sendiri.. resepi as per below ya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan;
Segenggam biji petai yang telah dibuang kulit
* Cili api secukup pedas
* Sebiji bawang besar
* 5-6 ulas bawang putih
(Semua bahan-bahan * ditumbuk kasar)
Segenggam ikan bilis
Tauhu basah
(dipotong kecil dan digoreng sedikit)

Cara-caranya;
1- Tumis bahan-bahan * hingga naik bau.
2- Masukkan ikan bilis dan goreng hingga sedikit garing.
3- Setelah itu masukkan tauhu yang telah digoreng, biji petai dan gaul serata.
4- Perasakan dengan garam.
5- Alhamdulillah.. dah siap.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...