Beautiful Friends

Thursday, March 8, 2012

Sambal gesek belimbing buloh..


Masih bertemakan belimbing buloh, marathon ni babe.. sementara stok masih segar. Sedikit penambahan untuk menu pagi tadi. Kalau orang N9 panggil, sambal gesek. Tapi jangan ditanyo tang mano dapek eh perkataan "gesek" tu yo. Sobab eh, sey pun tak tahu mano datang eh..

Pada yang sudi berkongsi ilmu.. jom semak resepi.

Bahan-bahan;
Belimbing buloh
Ikan bilis - dicuci dan ditoskan
Cili api
Belacan (a bit of alteration, resepi asal.. tak ada pun)
Garam

Cara-caranya;
Tumbuk semua bahan tadi hingga separa hancur.
* sebaiknya belimbing dimasukkan/ditumbuk akhir sekali.
* pakai chopper atau blender tak aci.. sedap lagi tumbok dengan batu lesung.
(tapi kalau dah tak ada tu, pandai-pandai la adjust)
Perasakan dengan garam.
Gaul serata.
Dah siap...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...