Beautiful Friends

Tuesday, May 29, 2012

Gulai daging salai dengan pucuk ubi.


Assalamualaikum all,

Ikutkan plan asal memang nak masak lain dari yang dalam gambar ni, tapi memandangkan stok pucuk ubi baru je sampai dan pucuk ubi pulak mana boleh tahan lama dalam fridge kan, maka dengan kadar segeralah Ibu masak gulai daging salai dengan pucuk ubi.

Masakan wajib bagi orang Negeri Sembilan. Lagi podeh, lagi selera. Tapi memandangkan Si Manja Ibu baru je belajar nak makan masakan "kaler kuning" maka, terpaksalah Ibu kurangkan kadar "cili api". Not to worry for there will be more other times Ibu boleh masak "extra podeh".

Resepi masih dengan "asas" yang sama cuma perlu tambah pucuk ubi. Tapi jika ada yang baru nak mencuba, bolehlah lihat di bawah.

Bahan-bahan;
- Daging salai (kebiasaannya Ibu akan guna dalam 250gram untuk 5 orang makan)
- Serai 4-5 batang, dibersihkan, dipotong dua lalu diketuk sedikit 
- Cili api secukup pedas
- Kunyit hidup/serbuk kunyit
- Santan 500gram
- Sedikit air
- Pucuk ubi

Cara-cara penyediaan;
1- Daging salai dibilas lalu dihiris nipis.
2- Cili api dan kunyit hidup dikisar halus, ditapis dan cuma diambil airnya lalu dimasukkan dalam bekas yang sesuai untuk menggulai.
3- Masukkan santan dan serai (dan ditambah sedikit air jika perlu).
4- Masakkan kuah dan kacau selalu untuk mengelakkan kuah meruap.
5- Apabila kuah telah mendidih, masukkan daging yang telah dihiris dan dikacau perlahan (selalu).
6- Masukkan pucuk ubi yang telah disiang serta dibilas bersih.
7- Perasakan dengan garam.
8- Apabila kuah dan masak dan daging dah lembut, selesai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...