Beautiful Friends

Friday, July 27, 2012

Siakap goreng berlada..


Ikan, ikan dan ikan lagi. Kali ni ikan siakap pulak. Ini pun request dari Haazem jugak. Manja Ibu ni memang suka sangat laa makan ikan. Jadi untuk menyampaikan hajat Haazem, Ibu pun masaklah ikan siap berlada. Posing je yang lebih dengan segala cili merah dan cili hijau tu. Walhal bila guna cili besar, mana nak pedas sangat. Dia pun bukannya tahan pedas sangat pun. Kalau ada yang berhajat nak mencuba resepi mudah ni, resepi ada di bawah ya.

Bahan-bahan;
Ikan siakap
Cili besar merah dan hijau
Sebiji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
Serbuk kunyit
Sedikit daun sup
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya;
1- Ikan siakap dibelah perut, dicuci bersih lalu diperap bersama serbuk kunyit dan garam.
2- Setelah seketika, digoreng mengikut kegaringan yang dikehendaki di dalam minyak panas.
3- Kemudian diangkat dan ditoskan. Hidangkan di dalam bekas yang bersesuaian.
4- Bawang putih, cili besar merah dan hijau dicincang. Tapi jangan terlalu halus.
5- Lalu digoreng sehingga naik bau.
6- Masukkan daun sup yang dipotong kecil dan bawang besar yang dipotong bulat untuk memberi aroma yang lebih wangi.
7- Perisakan dengan garam.
8- Setelah itu, tuangkan ia ke atas ikan siakap tadi.
9- Beres.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...