Beautiful Friends

Monday, October 15, 2012

Ghondang kepayo a.k.a rendang betik


Selalu dah dengar, selalu dah makan cuma tak pernah buat sendiri. Itu biasalah kan kan kan. Tapi dengan rasa berdebar-debar tunggu respon Cik Asben and Amsyar.. macam ambik major exam la pulak.. akhirnya.. PASS...

Kisahnya.. tu ari masa jalan-jalan jamu mata kat blog kawan-kawan and the OTAIsss.. terjumpalah pulak resepi dan cara-cara nak masak rendang betik ni. Kalau orang N9 panggil, ghondang kepayo. Maka dengan kadar segeralah terus ber-viber ke Cik Asben mintak belikan sebijik buah betik. Unfortunately time tu betik tu belum separa masak. Ikut resepi asal kena guna betik mengkal or separa masak. So kena laa pulak peram 2-3 ari.

At last, bila dah cukup sifat.. terus Ibu projek merendang. Resepi asal guna udang but since kami tengah "berpuasa udang" so Ibu tukar guna fillet ayam. Testing mode kekdahnya. Alhamdulillah.. bak kata Cik Asben and Amsyar.. secukup rasa. Infect Cik Asben request guna whole ayam untuk next treat. Kalau dia dah mintak lagi tu, maknanya.. kena laa dengan selera dia tu.

Okey, so since ini resepi cilok.. so for those yang nak mencuba.. bolehlah singgah ke blog Dapur Ibundo.


1 comment:

  1. macam sedap je rondang ni, bole try nanti ubah selera sikit daripada dok rendang ayam daging je kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...