Beautiful Friends

Tuesday, October 16, 2012

Gulai daging salai.. tak menggulai, tak sah..



Katalah apa nak kata pun, tapi Ibu tetap akan masak lemak cili api jugak. Kalau orang N9 sebut "menggulai". Walaupun banyak jenis benda yang rasa macam nak dimasak tapi menggulai jugak yang sedap dan senang. Errrr... tekak kita orang laa. Mungkin sebab dah serasi. Mungkin jugak sebab bahan-bahan senang nak dapat and mungkin jugak sebab cili, santan and kunyit sememangnya sedia ada dalam fridge. Unlike lauk-lauk yang lain, kena gugel la pulak dulu sebab "kurang arif".

Masyarakat dalam rumah ni pun dah sedia maklum.. makan nak pedas and nak ada "kuah". So, solution.. menggulai laa kita. And kalau ada yang berhajat nak share resepi.. 

Bahan-bahan;
Daging salai
Cili api secukup pedas
Kunyit hidup
Santan 500gram
Sedikit air
Mangga muda - ikut tahap "kemasaman" masing-masing

Cara-cara penyediaan;
1- Daging salai dibilas lalu dihiris nipis.
2- Cili api dan kunyit hidup dikisar halus, ditapis dan cuma diambil airnya lalu dimasukkan dalam bekas yang sesuai untuk menggulai.
3- Masukkan santan.
4- Masakkan kuah dan kacau selalu untuk mengelakkan kuah meruap.
5- Apabila kuah telah mendidih, masukkan daging yang telah dihiris dan dikacau perlahan (selalu).
6- Masukkan mangga yang telah dihiris nipis.
7- Perasakan dengan garam.
8- Apabila kuah dan masak dan daging dah lembut, selesai..


p/s;
- Ada orang tanya bab "sukatan".. so sorry ya kawan-kawan. Ibu memang masak tak guna skala tertentu. Yakni, main campak-campak saja.
- Rasanya, bab "meng-adjust" ni semua dah pandai kan kan kan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...