Beautiful Friends

Thursday, October 18, 2012

MISSION POSSIBLE & NOT POSSIBLE


Asslamualaikum all,

At last..dapat jugak. Mujur sempat sebab dah hujung musim dah ni. Balik dari Malaysia tu hari tak terbukak pulak hati. Then bila stok kurma dah kering kat rumah ni, baru laa kelam-kabut nak mencari. Biasa memang kita orang standby at least sekilo kat rumah. Dah jadi macam jajan laa pulak. Cuma Ibu prefer yang hat mentah macam ni laa. Cuma sebelum ni asyik jumpa yang dan masak. Malam tadi dapat pulak yang mentah, alahai.. kat kedai tu pun dah berbiji-biji masuk mulut. Kat Malaysia sure mahal kan. Empat tahun sudah pernahlah beli kat Bazaar Ramadhan, itu pun dah RM40.00 sekilo. Ini RM7.00 setengah kilo. Okey laa tu kan. Lagi pun Ibu sorang jer yang suka makan yang hat mentah ni. Cik Asben still prefer yang biasa tu.



Ini memang favorite Cik Asben. Dia boleh layan berbiji-biji. Kalau Ibu, cari jus je laa. Orang malas nak pi kutip biji-biji delima tu kekdahnya. Tapi memang puas hati kalau dapat yang besar, merah dan manis macam ni. Tapi since bukan dalam list, so tak beli laa pulak.



Menyampaikan hajat si Cinonet. Mujur jumpa buah anggur yang dia berkenan, yakni besar.. fresh and seedless. Hantu anggur sorang ni. Setakat half kilo tu dia boleh habis dua kali makan jer. Dah kebetulan pi pasar, borong je laa apa yang patut. Buah tembikai tu, kecik sebenarnya. Kalau hat yang biasa, 2 kali ganda dari yang dalam gambar tu. Dah macam bantal peluk la pulak. Tapi Ibu dah tak boleh makan or minum jus buah tembikai. Sejuk badan wehhh.. Itulah, orang degil. Dulu takmo dengar pesan orang tua. Laa ni, tanggung laa sendiri.






Alang-alang dah sampai ke Souk Mubarakiyah ni, layan ikan bakar and riyash laa kita orang. Tambah pulak Ibu puasa semalam. Kira sessi bukak puasa laa. Anyhow, candle light dinner kita orang malam tadi. Port yang kita orang biasa duduk tu memang available malam tadi tapi boleh tak ada lampu la pulak. Tapi since meja tu memang dah favorite, so makan dalam cahaya suram laa kami malam tadi. Nevertheless, licin jugak.


Tak sah kalau tak minum teh pekat ni. Given free jer. Teh kelat ni dulu susah gak nak telan. Tapi okey laa sekarang. Sekali teguk je settle. Best pulak tu..


Selendang yang macam-macam corak. Harga pun jauh lebih murah dari yang kat Tanah Malaya. Tapi since Ibu tak reti nak melilit selendang ni, so kira selamat la dinar Cik Asben.


Tempat wajib ziarah si Arif. Kadang-kadang Haazem pun terjebak. Ni kira macam kedai RM2 laa. Memang kena singgah and beli otherwise.. tak aman kita orang nak jalan. Mujur laa jugak Arif ni kira sayang jugak dengan segala reta dia. So at least boleh la bertahan dalam sebulan toys yang dia beli tu. Unless, Haazem pi kacau. Ada laa yang meraung dalam kereta sebab "dah terbarai".


Haaaaa... ini bab yang NOT POSSIBLE. Emas sini memang murah kalau banding dengan emas di Malaysia. Design memang cantik. Cuma tak menepati citarasa Ibu. Design wise, memang taste Minah-minah Arab kat sini laa. Dah laa tu, size bagak-bagak pulak tu. Dah duit dia orang berkepuk kan. Ampun laa, tak boleh nak close-up gambar. Adat laa, kedai emas kan. Itu pun ada yang dah jeling-jeling.


Ini bab yang paling frust. NOT POSSIBLE.. Abaya kat sini memang cun-cun. Setakat below RM100, anytime boleh dapat. Cuma malam tadi design yang Ibu cari tu tak ada size. Ada pulak size, design pulak tak berkenan. Abaya ni kira pakai buat basahan jer kat sini. Sebab senang sarung jer masa nak pi hantar and jemput anak balik sekolah. Bila sebut "basahan" tu, bukanlah makna tak cantik langsung. Cuma kira budget below RM100 memang banyak laa jual kat sini. Banyak jugak yang cantik. Kalau sang suami sanggup tunggu sang isteri membelek selai-selai.. okey jer. Kalau nak yang kebaboom pun berlambak. Itu belum kira lagi yang sampai 2-3 ratus. Boleh juling mata babe.



Ini memang POSSIBLE. Tunjuk jer jari nak berapa 1.. 2? Memang tokey kedai ni dah kenal baik dengan kita orang. Siap ajar Bahasa Arab lagi bila pi kedai dia. Cik Asben kata dia teragak nak makan sup tulang. Sup ekor.. errrr.. jarang-jarang naik kat rumah ni. Lagi pun sup tulang tu nama jer "tulang" tapi daging berlambak. So setakat nak buat mi sup tu anytime laa. Rajin atau tak rajin nak gelek mee jer laa. Ibu prefer buat mee sendiri. Puas makan. Tapi nak menggelek tu.. adeehhhhh..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...