Beautiful Friends

Wednesday, October 31, 2012

Moh kita ke laut wehhh..

Assalamualaikum all,

Menyampaikan hajat nak-anak.
Sebenarnya dah lama dia orang ni berhajat nak pi memancing. Tambah pulak bila Uncle Bob selalu dok bercerita pasal betapa "best" nyer memancing di laut dalam. Kebetulan pulak Cik Asben pun sama jugak memang dulu minat memancing. Akhirnya Sabtu lepas Ibu dayakan jugak untuk menyampaikan permintaan anak-anak yang telah sekian lama tertangguh. Tapi masing-masing tak mahu kurang, jika Amsyar dan Cik Asben ada pancing nyer masing-masing, begitu jugaklah Haazem dan Arif. Mujur Cik Asben dan Uncle Bob sudi melayan. Maklum sahajalah, banyak jugak aksesori alatan memancing yang perlu dicari.

FYI, tugas Ibu di rumah ni bukan setakat masak, mengemas, mencuci and segala tugas-tugas yang biasa nyer dibuat dek orang perempuan.. benda-benda macam ni pun Ibu kena organised-kan jugak. Otherwise.. tak bergerak laa.
 

Agenda pertama, pi mencari alatan memancing laa. Tempat dituju, pasar ikan Souk Sharq laa. Dah situ yang paling dekat. Kedai ada macam-macam. Sediakan sahaja Kuwait Dinar nyer.


Dalam pasar tu, bukan setakat ikan saja yang ada, kedai runcit macam ni pun banyak. Ibu biasanya kalau dah pi beli ikan tu, memang singgah di sini dulu kejap. Banyak jugak yang boleh dibeli di sini. Kut tak pun at least jajan untuk anak-anak.


Ini memang area kesukaan Arif laa. Buah-buahan pun segar. Cuma mahal sikit dari Souk Mubarakiyah. Maybe of the ambiance. Mana-mana pun sama jugak. Bila cantik jer sikit.. harga pun mula laa nak up.


Kami bukan jenis yang suka makan benda-benda yang dijeruk ni. Tapi kalau setakat nak mencari cili jeruk, halia jeruk, bawang jeruk.. semua ada. Cuma setakat ni telur masin jer yang tak pernah jumpa di sini.
 

Then boleh pulak jumpa dengan ikan bilis ni. Cantik jugak. At least kalau sesak-sesak tau laa nak cari kat mana. Al-maklum sahajalah, ikan bilis memang masuk dalam senarai barang kawalan.

Okey laa kan..


Ini iklan semata-mata.. sementara menunggu maghrib.. kami layan perut dulu. Memandangkan kami tak prepare apa-apa, so tapau KFC sahajalah. Taman ni pun memang tempat orang berkelah pun. So, hampar tikar.. melepak laa kami di sini dulu. Btw, tempat yang kami pi mancing ni kat Shuwaikh Port. Memang tempat kapal berlabuh. Cuma kami jarang berkelah di sini sebab kemudahan asas memang tak ada. Yakni tandas dan tempat solat pun tak ada. Petang tu kami solat maghrib pun cuma setakat atas tikar sahaja. Tapi, mana-mana pun tak kisah. Janji boleh solat.


So, lepas solat maghrib.. maka bermulalah agenda memancing anak-anak. Tapi sebab ralit dek melayan tengok kapal berlabuh Cik Asben and Uncle Bob terlupa nak prepare mata pancing etc. At last buat kerja dalam lampu suram-suram. 


Arif Cinonet pun nak ambik "feel" jugak. Tapi kejap jer, lepas tu dia pass pancing kat ayah. "Berat" sangat laa ayah.. Dah tu masa dok memilih, takmo yang kecik, nak macam abang-abang punya jugak. At last, sendiri tanggung laa..


Hasil tangkapan pertama. Hasil dari mata pancing Amsyar. Mula tu Uncle Bob janji siapa dapat ikan dulu, dia bagi hadiah 1KD.. but since Amsyar suka sangat so dia halalkan saja.


Kata Uncle Bob, ini ikan duri. Sedap kalau masak asam pedas. Letak daun kesum and sedikit lada hitam.


Muka budak baru belajar nak melepaskan ikan dari mata pancing. Mana aci kalau setakat tau lempar mata pancing jer. Kenalah belajar dari A-Z laa kan. Ini nak pasang umpan pun suruh ayah yang pasang.. issshhhh.. lemak ber-krim laa..
 

Nampak sangat muka "geli-geleman". Itu pun lepas tu sibuk mintak wet-tissue sebab kata tangan dia busuk. Bila Ibu tak bagi, dia sanggup turun pi pantai cuci tangan dengan air laut. Alahai.. anak Ibu.


Ini pulak hasil tangkapan Ustaz Ikhwan yang pertama. Kata Uncle Bob, ini ikan cherry. Sedap kalau digoreng garing.


Tak lama lepas tu, Ustaz Ikhwan dapat lagi seekor. Dia panggil ikan katak sebab rupa ikan ni macam katak.


Kata Uncle Bob pulak ikan ni orang panggil "ikan kerapu keling". Tak boleh makan sebab ada bisa. Tapi budak-budak students yang dapat ikan ni sebelum ni, selamber je dah makan. Alhamdulillah semua masih sihat walafiat.


Sebahagian dari hasil tangkapan malam tu. Itu pun dah jam 10.30 malam. Cukup laa tu. Kalau ikut hati, memang ada yang masih nak sambung memancing. Tapi angin pun kuat malam tu. Maybe sebab cuaca dah mula nak berubah. Btw, ikan-ikan tu semua Ibu sedekahkan pada adik-adik students yang sama memancing malam tu. Kami plan nak pi mancing lagi Khamis malam Jumaat minggu ni. Ada rezeki, then barulah masuk dapur Ibu pulak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...