Beautiful Friends

Sunday, December 2, 2012

Once upon a time..

Darjah Dua Merah
 
Darjah Tiga Merah

Darjah Enam Merah

D-Team Pengganas

Di mana kan ku cari ganti..
Serupa dengan-muuuuu..

Ibu tengah mencari copy gambar;
1 Kuning
4 Merah
& 5 Merah

Betulll.. serious ni.. memang tengah dalam usaha menggelidah dan mencari ni. Siap gigih shout kat wall FB mintak tolong kat kenkawan kalau ada.. sanggup Ibu nak buat copy. Tak cukup dengan shout kat FB, siap contack sekolah lama tanya kut-kut ada simpan copy gambar students lama.

Reason :
Pada Ibu memang zaman sekolah rendah laa zaman Ibu paling tak ada stress except for stress masa nak exam Penilaian Darjah 5. Cikgu-cikgi semua tak harap sangat Ibu score 5A. Budak degil and bukan favorite pun. Tapi berkat doa Omak and Ayah, alhamdulillah.. I've proved them wrong. 200% wrong.

Ternganga terlopong mulut sorang cikgu tu masa announced Ibu dapat 5A. Kawan-kawan pun pakat toleh tengok muka Ibu masa dapat result tu. Kan dah kata, Ibu bukan muka wanted pun, tapi the UN-WANTED tu maybe kut. Ini bukan "status" nak me-riak, tapi inilah detik bermulanya Ibu sedar Ibu ni bukan spicis "kesayangan" seperti kawan-kawan yang lain.

Mentang-mentanglah family Ibu so-so. Tapi alhamdulillah.. hari ini Ibu dah buktikan they're totally wrong. Jangan dihina seseorang hanya sebab keluarganya yang sedemikian. You might never know.. itulah orang kata;

Tuah ayam nampak di kaki..
Tuah manusia siapa yang tahu..

Tapi tak ambik hati pun, zaman budak-budak bukan reti pun dan simpan dendam ni. Budak-budak la katakan..

Tapi.. serious.. memang Ibu enjoy zaman sekolah rendah. Happy semanjang. Gaduh sikit-sikit tu ada la. Adat la kan.

Ibu rasa zaman Ibu dulu budak-budak tak stress macam budak-budak sekarang. Anak kawan Ibu baru jer selesai UPSR. Tapi sincerely, Ibu tak kesihan ke mak ayah nyer but rather ke ANAK-nyer. Serious nyer stress. Mungkin Ibu tak faham sebab Amsyar tak sit for UPSR. Tapi once dia mula prepare for IGSE, mungkin Ibu pun tumpang stress sekali kut.

I believed strongly that children should grow-up in their own phase. Jangan dididik anak-anak dengan janji "kekayaan dan kesenangan hanya boleh dinikmati jika anda berjaya on PAPER".

As my Ayah always said, "belajar semampu yang boleh".

And for that reason, Ibu enjoy masa belajar. Tapi zaman sekolah rendah la. Stress free kan. Bila naik sekolah menengah, kolej and U, mula la serabut serabai.

Reason :
Omak mula take in control.
Omak kata Ibu lemak ber-krim sangat. Walhal sebenarnya, Ibu tak suka dengan Sekolah *&^%$ tu. Tension siot, stress setiap masa.. tu yang asyik nak pindah sekolah saja.

Again, if I applied this situation to most cases.. betul.. sekolah yang bagus memang "mempengaruhi" sistem dan corak pembelajaran. Tapi seandainya anak-anak tak happy? Zaman kita dah berakhir, sekarang masa untuk anak-anak kita pulak.

Hopefully, it won't happen in my family.

Peringatan untuk Ibu dan Cik Asben;
Don't be to pushy.
You've had your time..
Sekarang masa untuk anak-anak pulak.
Please be more considerate.

Moral ;
La ni tengah musim exam.. tu yang tengah pujuk hati dan mata.
Tiap hari nak jadi tarzan sebab tengok peil anak-anak masa buat revision..
Bertabahlah wahai hati..

2 comments:

  1. Dear Sham,

    Tuah oghang check tai lalat ee .. tak gitu?

    Wasalamualaikum warahmatuLLAH wabbarakatuh ... :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum REAL,

    Kalau tuah oghang check kek tahi lalat ee, mmg bertuah la Sham ni.
    Kek bibir jo ado 4, topi bibir 2, kek pipi 1.. itu bolum laei yg kek kaki, badan, tgn.. mmg bersepah la.

    p/s;
    Tu sobab Omak kato mulut Sham laser.. yg kek area bibir jo dah beterabor.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...