Beautiful Friends

Monday, June 10, 2013

Marathon tutup kedai..

Take 5 kejap..
Macam-macam yang nak kena buat minggu ni. Antaranya, scan stok dalam fridge.. scan baju-baju lama.. buat stok cili boh.. and issshhh.. banyak lagi laa..

Dah tu, semua kotak-kotak yang selama ni dok bawak katil.. semua dah keluar balik. Kami ni jenis yang suka guna kotak jer bila balik kampung. Cuma benda-benda penting and baju pakai yang dok dalam beg. Kotak-kotak tu pulak, semua angkut dari Tanah Malaya masa mai sini last year.

Kata tak banyak.. tapi macam banyak jugak..

So sampai sana nanti, lepas punggah barang.. boleh la lupus terus. Then bila nak mai sini, beli jer la kotak baru pulak. Senang jer nak dapat stok. Ada customer Omak tu bukak kedai borong jual segala jenis coklat and jajan. Makanya.. pilih jer saiz mana yang berkenan.

Pijar tangan dah ni..

Tambah kami balik ni pun bukan banyak bawak barang pun. Sekadar bawak buah tangan untuk Omak Ayah and mertua sahaja. Tapi kalau nak mai sini, segala jenis barang kami nak angkut. Dari stok ikan bilis, sardin, meggi sampailah ke stok bunga kantan, daun kunyit and pucuk ubi.

Entahlah.. orang lain mungkin lain caranya. Tapi kalau kami.. memang begitulah routine nyer setiap tahun.


Sementara tu, makan tetap kena makan. And since stok tauhu pok and segala jenis fish ball, sotong ball masih banyak.. Ibu buat mi kari saja untuk lunch hari ni. Untuk dinner.. nanti-nanti laa kita fikir kemudian.

4 comments:

  1. hehe...pasal stok ikan bilis, sardin megi, bunga kantan, daun kunyit tu, I pun mmg angkut dr m'sia. pucu ubi je tak, I bawak benih dia tanam belakang rmh. tapi I tak pandai nk mkn pucuk ubi, tanam sbb nk mkn ubi kayu nnti.

    ReplyDelete
  2. PenDragon,
    Ni dah dok umah takda tanah.. setakat tanam cili dalam pasu tu boleh la.

    ReplyDelete
  3. mesti excited sangat dah k.sham nie nak balik kan..dah berbunga2 dah hati..jeles mendngar ade stok kantan lagi..

    ReplyDelete
  4. Ummu,
    50-50 jugak sebenarnya.
    Biasalah.. bila balik sana byk benda yg nak kena "belajar" semula.

    P/s;
    Ummu try la tanam bunga kantan kat sana pulak.
    Senang nnt nak buat ulam nasi kerabu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...