Beautiful Friends

Thursday, June 20, 2013

We're still in Zombieland..

Sejak cecah kaki kat Tanah Malaya, cuma sekali Ibu sempat masuk dapur.. itu pun masak meggi untuk Amsyar jam 4.00 pagi.

And sejak balik jugak belum sempat lagi Ibu layan belacan, budu and cencalok as well as makanan "bercili" macam yang selalu. Memang la skala perut dah berkurang sikit tapi buat apa kalau less satisfaction.

Ni semua gara-gara anak-anak gigih tunjuk senarai makan masing-masing. Dia orang syok la makan itu and makan ini tapi kita ni.. nak nasik jugak laa.


Macam semalam, layan bebudak ni naik keretapi.. aduhai.. suka kepalang dia orang. Kecoh bertanya macam-macam. Actually, naik keretapi pun masuk dalam senarai wajib buat. Kat sana mana nak merasa.. tak merasa sebab tak ada kemudahan keretapi.

Dah jadi macam tu, balik dah penat, nak masak dah malas.. memang malasssss sesangat. At last adik rekomen pi dinner kat Penang Street. Takda la sampai ke P.P kami mencari.. kat Dataran Senawang saja.


Janji nak makan nasik berlauk tapi at last cancel. Masing-masing dengan favorite masing-masing. Ibu pun try mi kari semangkuk (miss lagi makan nasi). At last suboh perut berdendang lagu yang biasa didengar.. tapi mana nak cari nasi?? Lain la kalau rumah sendiri..

Akibatnya.. pagi ni kejut anak-anak bangun sarapan. Hajat di hati nak mencari nasik lemak. Tapi malang seribu kali malang.. lauk pauk pulak semua dah habis. Manakan tidaknya, jam 11.00 pagi.. orang dah mula bersiap untuk lunch pulak.

At last.. layan roti canai. Ibu pulak kena mencari yang "extra manis". Tangan dah gigil sebab kurang gula. Aduhaiii..

Roti telur 2 biji - double
Roti planta gula
Khalasss!!

3 comments:

  1. OH DAH SAMPAI YE?
    SELAMAT MENUNAIKAN HAJAT TEKAK YE

    ReplyDelete
  2. Ha'a Mila & Irfa..
    Sampai sini Ahad lepas.
    Insya'Allah.. ini pun tengah amazing race layan tekak & perut.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...