Beautiful Friends

Tuesday, December 24, 2013

Bila mood masak jauh ke tengah laut..

Assalamualaikum all,

Mood masak memang ke laut sehari dua ni. Hatta, mulalah masak mengarut-ngarut. Nampak sardin, buat nasik goreng sardin.. nampak kangkong, buat nasik goreng kangkong.. and hari ni nampak cendawan, terdetik pulak nak buat nasik goreng cendawan. Tapi.. alhamdulillah.. habis jugak.. provided ada telur mata yang disiram dengan cili kicap.


Then sebelah malamnya pulak masih dengan konsep 3N - no nasik nite.. Ibu layan pulak brown toast. Then jumpa pulak timun and jagung manis dalam fridge. So dari membazir.. Ibu buatlah salad. Alhamdulillah.. habis jugak.


Tapi sebenarnya.. ikhlas ni.. macam tak kenyang jer. Tak dapat nasik putih.. macam tak cukup sifat jer. Then bila skodeng rumah jiran.. nampak pulak gulai ikan tenggiri dengan mangga la.. masak asam pedas ikan parang la.. itu la.. ini la.. aduhaiiiii..

Sengsara betul mata yang memandang.. pilu jugak perut yang mengenangkannya. Ishhhhh.. nak kena menggulai jugak la macam ni. 

2 comments:

  1. kak sham oi..sy ni baru balik dr klinik, sbb sakit lutut dah 3/4 hari
    senang je doc cakap 'cut yr rice n sugar' huhu

    ReplyDelete
  2. Adoi!!!
    Cut your rice & sugar.. kena ambik iktibar la jugak ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...