Beautiful Friends

Friday, December 6, 2013

Sakit itu Kafarah Dosa..

Assalamualaikum all,

Badan tak panas tapi semua sendi sakit-sakit. Ngereng ke kiri.. sakit.. ngereng ke kanan.. tak selesa. Anak-anak pasang aircorn.. Ibu mula jerit dari dalam bilik (walhal dah winter ni).

Walaupun dah lama jugak Ibu dok sini (tak lama mana pun) tapi macam ni la keadaan Ibu setiap kali masuk musim sejuk. Berstokin.. berbaju tebal..actually musim panas pun macam ni sebab budak-budak ni dok pasang aircorn 24/7. Senang cerita.. Ibu memang tak tahan sejuk.

Penyebab.. sikit je. Tapi tu laa kan. Kut dah nak jadi "penyakit" tu, tak bersebab pun boleh je. Penyakit ni pun.. datang macam kilat tapi pergi.. macam semut.

At last, plan untuk cuti hari minggu ni terpaksalah kena rombak. Yakni, si Ayah kena handle 3 hero Ibu. Okey je tu. Budak-budak tu pun dah pandai mendengar kata.


Tekak nak makan macam-macam.. tapi bila Cik Asben tanya nak makan apa.. jawab Ibu.. ".. entah". At last bila Cik Asben call masa on the way nak balik dari kelas karate, Ibu mintak dia tapau yang hat ni..

 
And yang kat bawah ni pulak.. inilah doktor and peneman Ibu di kala sakit.. yang lain tu tak dapat pun tak apa..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...