Beautiful Friends

Saturday, May 31, 2014

Isra' Mikraj di Kuwait..

Assalamualaikum all,

Cerita Ibu kali ni..
Lunch kami semalam.. masak lemak putih pucuk paku. Untuk pemanis Ibu boh ikan bilis. Dah tu jumpa pulak udang 5-6 ekor.. boh jugak la. Then tambah goreng ikan kerisi.. partner ngan cili kicap and sambal belacan. At last.. dalam "separuh" sedar.. syok jer menambah nasik..


Then sebelah malam pulak ada sambutan Isra' Mikraj di Kedutaan Besar Malaysia.. rasa canggung pi rumah orang tangan kosong.. so Ibu bawak la bekal sikit..

Bahan mentah.. and hasilnya..



Lauk biasa-biasa je la.. dah itu pun yang tau masak.. tapi.. abih jugak Acik beniago malam tadi.


Tajuk majlis ilmu kami malam tadi.. Pengertian Isra' Mikraj dalam kehidupan. Alhamdulillah.. ada la jugak yang masuk dalam CPU Ibu ni tapi tak dapat nak concentrate sangat sebab dek terlampau syok berbalas soal-jawab.. at last majlis lajak sampai jam 9.00 malam. Anak-anak kecik dah mula tunjuk stunt tepi dewan.

Tak jadi hal pun.. budak kecik.. apalah yang dia tau kan. Tu sebab Ibu "kurang selesa" kalau ada orang marah or suara tinggi dengan budak kecik then suruh dok diam.

Entah la.. Ibu senang jer.. dah tau pun time dinner kan.. kita pakat je la pujuk bagi makan alas perut apa yang patut. Then suruh dia orang dok sama dengar ceramah sambil makan. Kut bersepah kita kemas la.. kut ada air tumpah.. kita lap la..

At last.. turun naik.. turun naik jugak la Ibu melayan dia orang ni makan. Kesian la weiii.. dah jam 9.00 malam.. patut dah makan pun.

Tapi kalau awal-awal lagi semua dah kata NO.. macam mana la budak-budak nak lembut hati join majlis macam tu. Setahun dua lagi.. bila dia orang dah besar sikit.. dah berakal tau la dia orang nak bawak diri tu.

Mungkin cara ni tak sesuai dengan budaya masyarakat kita.. tapi di sini.. memang macam tu la. Tu sebab dalam masjid selalu jer nampak budak-budak. Entahlah.. cakap banyak nanti ada pulak yang "sentap"..

Anyway.. alhamdulillah.. all went well.

Btw.. Ibu share sikit la pics from last night event ya..





And some pics by some adorable faces..



Okey.. habis cerita dah.. have a nice weekend friends..

2 comments:

  1. subhanalla..sejuk hati tengok.betul lah akak,orang kita memang jarang bawak anak-anak gi majlis ilmu ni sebab takut diorang meragam.tapi kalau nak melentur buluh, kenalah dari rebungnya kan..

    ReplyDelete
  2. Betul tu dik.
    Dulu K.Sham pun fikir mcm tu. Cepat terganggu dgn suara anak2 menangis meragam nak itu ini.
    Tp bila sendiri dah ada anak ni.. kita kena adapt dgn keadaan.
    Thus.. again I agree with you.. kalau nak melentur buluh.. kenalah dari rebungnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...