Beautiful Friends

Monday, June 30, 2014

Ada berani ka??


Ibu nak share cerita pasal bab puasa orang kampung sebelah sana sikit la.

Ni cerita online news 2 ari lepas. Denda tu rasanya.. boleh lagi diikhtiarkan. Tapi bab simpan dalam lokap SATU BULAN tu yang tak boleh tahan. Sebab dah terang-terang sebut AND.. bukan OR.

So don't play play haa..
Setakat ni memang dah ada yang kena. Pernah sekali sorang minah ni kunyah chewing gum kantoi masa kereta dia kena tahan (actually polis nak tengok iqamah jer).. Sure la dia kata dia "mamnook minal solah". Tapi.. still.. as long as makan di tempat awam.. jawab saja dengan pihak yang berkenaan.

Kedai makan.. restoran.. semua dibuka semula hanya selepas azan maghrib. So.. kalau ada yang berangan nak iftar di luar.. sila minum air seteguk dua dulu dalam kereta then baru la pi buat order apa-apa yang patut.

Bagus kan.. 
Bagus pada yang kata "bagus" la. Tapi pada expat lain especially kaum kulit cerah yang dok kat hujung dunia tanah Kuwait tu.. some say undang-undang ni sangat membebankan and tak masuk akal.

And selalunya memang tajuk ni akan jadi "hot story" tiap kali gomen impose such ruling. Isshhhh.. apa la yang susah sangat. Bukan gomen tak bagi makan langsung. Cuma JANGAN MAKAN DI TEMPAT AWAM. Dah jadi macam tu pandai-pandailah bawak diri kan.

Btw.. nak pesan sikit ni..

Kalau ada antara kawan-kawan kita yang ucap..
-Ramadhan Kareem (Ramadhan yang mulia)

Kita jawab la..
- Allahu Akram (Allah lebih mulia)

10 comments:

  1. sebalan dalam jail?...tak beranilah jawabnya..kalau k msia leh buat undang2 camtu kan? agak2 ada yg bran x?

    ReplyDelete
  2. Bagi yang tidak terlibat, saya rasa wajar mereka menghormati undang undang negara Islam dan umat Islam yang berpuasa. Fahami peraturan, tentu akan senang semua pihak.

    Kat Malaysia ni, hmmm ramai yang langgar.

    ReplyDelete
  3. wow...tak terbayang macamana la kalau undang-undang tu diamalkan di sini.

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut ramadhan kak...

    ReplyDelete
  5. Kat sini pulak kak bersepah2 wanita2 bertudung makan dikhalayak ramai time puasa ni. Tahulah ada yg tak boleh puasa kan..tapi eating in public sending a wrong signal to the non-muslim.

    ReplyDelete
  6. JM, Azie & Sal Bee Yah,

    Sebenarnya fungsi such ruling being imposed cuma utk mendidik citizens and the expart agar menghormati bulan Ramadhan thus secara tidak langsung menghormati sensitiviti agama Islam.

    Tapi biasa la.. kaum kulit cerah especially yang bertugas di sempadan Kuwait-Iraq seakannya memperlekehkan agama Islam dengan mendakwa kononnya ia satu penindasan kebebasan beragama serta kononnya pihak kerajaan Kuwait tidak peka dengan hak mereka sebagai Non-Muslim.

    Tapi biasanya ini semua hanya sekadar cakap-cakap belakang. As simple as.. tak suka.. anda boleh balik negara sendiri la.

    ReplyDelete
  7. Mila,
    Terima kasih.. & selamat berpuasa buat Mila & family too..

    ReplyDelete
  8. KA,
    Kalau di German, rasanya K.Sham boleh faham bila mana pemandangan yang sedemikian dapat di lihat di sana-sini. Tho' sedikit annoying tapi mungkin pada mereka.. its not a Muslim country so who cares..

    Di sini pun apa kurangnya. Pada yang "kononnya" tak berpuasa (wallahu'alam) senang-senang sahaja minum dan ada jugak yang makan sambil tunjuk muka "sedikit malu-malu kucing" makan di khalayak ramai.

    Sudah tentu ini memberikan bad impression pada pelawat dari negara luar. Not to mention.. K.Sham sendiri kurang selesa dengan pemandangan yang sebegini.

    No wonder jiran K.Sham boleh keluar statement "MALAYSIA IS NOT A MUSLIM COUNTRY".

    ReplyDelete
  9. bagus jugak tu..expat tu kenalah faham konsep 'masuk kandang kambing mengembek'..kena lah ikut je adat orang situ.lain orang lain adab dan peraturannya.

    ReplyDelete
  10. Best gak klau Msia buat undang2 mcm ni..tapi konpem dapat bantahan..silap2 umat islam sendiri pun membangkang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...