Beautiful Friends

Sunday, October 26, 2014

Sambal sardin.. dilupa jangan..

Orang Malaysia memang semua kaya-kaya..
Betul.. tak tipu..


Sebab Ibu kata macam tu..
Selama Ibu balik cuti summer and masa balik mengejut tu ari.. Ibu tak jumpa.. sungguh tak jumpa lauk ni dijual kat mana-mana kedai makan. Alih-alih yang Ibu jumpa.. udang.. ayam.. daging.. ikan merah and segala suku sakat ikan..

Ikan kenit-kenit yang macam biasa makan kat kampung masa Ibu kecik-kecik dulu pun dah tak jumpa.

So.. betul la orang Malaysia ni kaya-kaya belaka. Hatta mampu nak beli lauk-lauk mahal macam tu. Jangan cerita la pasal yang kurang bernasib baik tu.. Ini kisah lauk-pauk yang biasa jumpa dijual kat kedai makan tu la.

Tapi ironi nyer..
Lauk macam sambal sardin.. gulai ikan sungai.. thus hanya orang kampung yang makan ke??

Mungkin kalau Ibu sungguh-sungguh pi cari.. sure jumpa kut. Tapi pukul rata.. memang susah nak jumpa dah lauk low budget macam dalam gambar tu..

Ke orang Malaysia takda dah yang berahi dengan lauk sambal sardin ni??

3 comments:

  1. sardin pun dah mahal lah rsnya k.sham..*()*

    ReplyDelete
  2. kalau pergi kedai mamak ada lagi lauk sambal sardin....mungkin betul jugak UA kata sardin pun dah mahal...sardin cap ayam yg paling sedap tu tin kecik sekarang dah 3 ringgit lebih...isi kadang satu atau 2 ketul jer..

    ReplyDelete
  3. Ummu & Nasa,
    K.Sham jarang pi kedai mamak unless anak2 nak makan roti canai planta gula. Maybe sebab mkn kat sana, terlajak mahal.

    Tapi K.Sham rasa ayam la yang paling mahal. Seketul dah cecah RM3.00. Sardin at least dapatlah jugak 2-3 ketul for the same price.

    Ntahlah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...