Beautiful Friends

Monday, November 3, 2014

Sesekali.. OK.. selalu KO..

Intai-intai rumah kawan yang sorang ni.. alih-alih dia pi tunjuk lempeng la pulak. Dah la kita memang lama berhajat nak makan lempeng.. 

Then kebetulan pulak Amsyar hari ni off 1 hari. Sekolah dia bagi cuti sebab hari ni khas hari sukan untuk students perempuan.. boleh la buat teman. Tambah pulak Ibu memang nak pi beli barang-barang untuk group KAFA.. lagi.. memang nak kena beli barang dapur sikit.. so dengan alasan yang sangat kukuh ini maka Ibu dayakan bersiap pi pasar.

Maklum je la.. I'm not a morning person..

Tempat di tuju.. 
Souk Sharq Sultan Centre.

Dekat jer.. tapi Sultan Centre Hawally lagi dekat.. ntah la.. memang lagi prefer pi sini dari lain-lain Sultan Centre.

Sepanjang jalan banyak la pokok kurma togel ni.. tapi buah kurma suma dah habis kena petik..

Bujang Sulong hamba.. ada kumis dahhh..

Pembuka bicara.. jangan makan banyak sangat.. rugiiiii..

Anak bujang mintak lempeng with vanilla ice-cream..

Ibu mintak telur dadar with grilled turkey.. and segala jenis sayur-mayur.

Tapi at last.. kita orang switch menu. Dia habiskan telur dadar Ibu.. Ibu pulak makan lempeng. Tapi.. ternyata.. telur dadar Ibu lagi best dari yang hat dia punya.

Anyway.. hajat Ibu nak makan lempeng.. tertunai la sudah. Tapi ikhlas.. lempeng kat sini tak best sangat.. sebab lempeng kat kedai yang lagi satu ni.. lagi best. Tapi kena pi awal.. bukan  takut habis.. tapi sebab kedai tu "comel" sangat.. takut tak dapat meja jer..

Nanti-nanti kut ada rezeki Ibu pi sana.. kita share la pic and cerita.

 Tak manis.. tak sah.. kut tak nanti ada la yang ketar tangan..



Sambil makan.. sambil layan view..
Kebanyakan bot di sini.. bot persendirian.. kaya gilos dia orang ni..

Jam air.. kira macam focus view kat dalam mall ni la..

Last but not least.. lepas dah teman Ibu pi pasar.. teman Ibu pi sarapan.. time to be rewarded. Actually.. Ibu yang kena paw. 2-3 kali asyik dok tawaf depan kedai yang satu ni jer.. so kita harap maklum la kan..


Tapi anak hamba ni.. apa-apa yang ada tulis JAPAN.. mula la dia busy dok gugel (sempat lagi tu). Dah puas hati dengan salah-silah tokey kedai and asal-usul keturunannya.. baru la dia decide nak masuk kedai. Then pilih pulak design mana yang berkenan.. then acu mana-mana yang berkenan.

Mak aiiii..
Kalah Ibu nyer la pulak.
At last dapat la selai..

Summary belanja Ibu hari ni..
Sejujurnya.. tak sanggup Ibu nak convert ke Ringgit Malaysia.. rentung !!!

Akhir qalam.. memang tak boleh buat selalu.. nipih kantung syiling Omak ehh..

4 comments:

  1. view dekat hawally ke tu?cantiknya...

    ReplyDelete
  2. sesekali bila teringin takpa..reward untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. Dik Salbiah,
    Souk Sharq ni kat area bandar.. Sharq. Mmg cantik sebab tepi pantai.

    ReplyDelete
  4. Nasa,
    Si anak yang lebih-lebih being rewarded ni. Suka betul dia meneman Ibu pi pasar..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...