Beautiful Friends

Saturday, March 21, 2015

Makan berjemaah.. sunnah yang semakin jarang diamalkan..

Assalamualaikum all,

Khamis malam Jumaat yang lepas.. alhamdulillah.. sekali lagi sampai hajat kami untuk mengadakan usrah di rumah ni. Panel speakers.. tak lain tak bukan.. adik-adik kita jugak la.



“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjemaahlah dalam menyantap makananmu.”

Makan Berjemaah 
Sunat makan secara berjemaah kerana banyak keberkatan yang terkandung di dalamnya. 

“Berjemaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu.” (Hadits Shahih).

Berkenaan dengan seseorang yang datang kepada Rasullullah s.a.w dan ia berkata :

Gunakan Shahfah/Qash'ah 
Makan berjemaah di atas hamparan dengan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti, tidaklah makan di atas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah. 

Ibnu Hajar berkata: “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, kebiasaannya mereka makan bersama-sama (dengan Shahfah) atau makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang.” (Al-Fath 9/532). 

Sumber : dari sini.






Dan sebenarnya itulah kisah yang Ibu nak kongsikan kali ni. Suatu kebiasaan yang mungkin dah jarang-jarang kita praktikkan.

Bagi anak-anak Ibu sendiri.. suatu pengalaman baru jugak sebenarnya.. tapi.. takpe la.. mudah-mudahan selepas ni tak ada yang canggung lagi. Tak ada lagi yang mintak pinggan time orang lain elok jer makan dalam dulang.. dalam talam.

Btw..
Di samping makan berjemaah, terdapat jugak beberapa adab ketika makan. Antaranya seperti ;

- makan menggunakan dulang
- makan menggunakan tangan kanan
- digalakkan hanya menggunakan 3 jari
- menjamah sedikit garam dahulu
- memulakan dengan memakan hidangan yang di bahagian tepi dulang dahulu
- makan makanan yang berhampiran
- makan dengan rendah diri
- makan dengan berpada-pada
- digalakkan bercakap
- larangan mencela makanan
- tidak bersandar ketika makan
- mengutip makanan yang terjatuh
- menjilat jari setelah selesai
- doa setelah selesai makan
- menghormati dan bertolak-ansur
- membersih mulut dan bersugi
- tidur sebentar

Nota : untuk penjelasan yang lebih tepat, boleh rujuk pada link yang di atas.

Wallahu 'alam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...