Beautiful Friends

Saturday, June 6, 2015

Belajarlah menghormati MASA..

Assalamualaikum..

Buat penduduk negeri Sabah yang terlibat dengan gempa bumi seperti yang dilaporkan.. innalillahi wa'innalillahi rajiun. Semoga keadaan cepat pulih seperti sedia kala.

Dah 'tua' sebenarnya bumi kita ni..

Yang kita ni.. ambik la iktibar yang sepatutnya.

Anyway..
Cerita kami dari bumi Kuwait.
Cuaca dah mula panas berdenting. Nak bukak bijik mata pun rasa pedih. Kulit muka dah perit terbakar. Itu baru cerita kita yang turun naik kereta ni..

Orang lain yang naik bas.. jalan kaki.. subhanallah.. bawak-bawak la belajar muhasabah diri. Betapa bersyukurnya kita ni dengan nikmat dunia yang Allah beri.

Serious babe..
Bila tengok those yang jalan kaki semata-mata nak pi masjid masa hari Jumaat ni (time ni jer la yang Ibu biasa tengok).. kita yang ada kemudahan ni.. apa reason nak mengelat??

Kali ni kami pi solat kat masjid cantik. Nama biasa yang kami guna la. Walhal banyak jer masjid yang cantik kat sini. Especially masjid syiah. Masjid sunni biasanya tak sehebat masjid syiah. Ntah la.. tapi mostly.. memang macam tu la.

Terang-terang dah bagi tanda arah..
 
Masjid yang satu ni baru siap tahun 2013 (khabarnya). Tak sempat nak study.. sebab pi redah jer tadi.

Sesampai kat sana dah tengah kutbah pun. And since ground floor dah penuh.. terus dia orang suruh Ibu naik ke tingkat dua.

Masing-masing tengah kusyuk dengar kutbah..

Kat atas tak la seramai tingkat bawah. 10% dari yang kat bawah jer kut. Tapi still lagi ramai la dari masjid-masjid lain yang Ibu pernah tengok.



Bagusnya masjid ni.. ada bilik khas disediakan untuk ibu-ibu yang ada anak kecil atau baby. Secara tak langsung tak ada la anak-anak yang dok main lari-lari depan saf masa kita tengah solat.

Tapi di sini.. kalau pun ada anak-anak yang dok main lari-lari.. abis-abis pun dia orang akan tegur sikit-sikit jer. Takda la sampai nak jegil-jegil anak mata. Reason.. nak membiasakan anak-anak dengan suasana solat berjemaah di masjid.

Then time kutbah pulak..
Masjid yang Ibu pi kali ni.. medium nyer memang in Bahasa Arab. Banyak yang tak faham dari yang faham sebenarnya. Tapi tiap kali imam baca doa.. dia nangis.. kita pun nangis. Ntah la..

Masjid-masjid di sini biasanya biaya dari individu. Ada tanah.. ada duit.. terpacak la sebijik masjid. Besar kecik.. itu terpulanglah pada budget. Tapi memang tak ada masalah langsung nak mencarik masjid di sini.

Intai-intai yang di tingkat bawah..

Masing-masing dengan urusan masing-masing..

Alhamdulillah.. mana-mana yang tinggal area perumahan persendirian atau villa tu.. masya'Allah.. memang walking distance saja.

The said refrigerator..

Satu lagi kebiasaan di sini..
Mesti jumpa fridge. And selalunya memang penuh dengan macam-macam jenis air. Ada saja yang nak bersedekah. Tapi kali ni mungkin sebab panas sangat.. habis licin. Its okey. Kita pun sedia maklum.. walhal dalam hati sebenarnya.. kut ada peluang.. nak jugak merasa buah tangan dari masjid.

See.. nak bukak mata pun tak sanggup..

Khabarnya.. ini entrance untuk VIP..


Cuaca punyalah cerah..

Seperti biasa..
Sementara ada peluang ni.. kita posing-posing sikit la. Tak jadi hal pun. Walaupun ada la yang dok perati Ibu layan diri.. tapi as long as bukan tembak gambar Minah-minah Arab kat sini.. tak jadi hal pun.

And since kawasan Surro ni kawasan perumahan baru.. banyak jugaklah rumah-rumah dan villa-villa yang masih dalam proses pembinaan. And sementara kami dok tunggu 'member' yang lain sampai (ada projek lain menyusul).. sempat la curik-curik ambik gambar villa kat sini.


Sewa.. ntah la.. yang pasti.. tak mampu la kami..

Insya'Allah.. ada rezeki kita sambung cerita 'selepas' balik dari masjid cantik ni pulak.

Ilal liqa'..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...