Beautiful Friends

Monday, June 15, 2015

Kue tiaw kungfu.. adjust sendiri..

Dalam operasi mengosongkan fridge.

Banyak jugak rupanya yang boleh dimasak. Walhal almost tiap hari.. Ibu asyik menung memikir apa la yang nak dimasak.. apa yang nak dijamu pada anak-anak yang sedang cuti sekolah musim panas ni.

Dalam godek-godek.. jumpa..
- kue tiaw
- udang
- fillet ayam
- sayur sawi
- cili api
- telur

Okey.. first step..


Agak-agak la banyak mana nak masak untuk 1 pax. Nak senang adjust.. boh dalam bowl.

Then pecahkan sebijik telur and tabur lada sulah sikit. Stir a bit.. and hasilnya.


Later.. gorengkan kue tiaw tu dalam pan dengan sedikit minyak. Goreng both side hingga jadi warna kekuningan.



Toskan and boh dalam bekas yang sesuai.


Untuk kuah pulak..
- tumiskan bawang putih and cili api (kalau nak pedas). Tapi Ibu boh jugak bawang merah sikit.. ini kes ada sekerat bawang merah baki dari masak-masak sebelum tu. So dari membazir kan kan..
- dah tu masukkan segala harta karun yang kita suka.. udang ke.. ayam ke.. sotong ke.. goreng sekejap.
- later.. masukkan air. Tunggu sampai mendidih. Pecahkan sebijik telur and kacau. Anyway kut tak suka telur.. boleh la skip this step.
- untuk memekatkan kuah.. ambik sesudu teh tepung jagung.. you know what to do la kan.
- lastly.. adjust la garam and whatsnot.


The final step.. masukkan la kuah tu dalam piring yang ada kue tiaw yang dah digoreng tadi.

Well.. in my case.. tak berapa suka bau telur tu la.. so to overcome the smell Ibu tabur sikit daun sup.


Khalass..
- kenyang tersandar anak-anak dapat sepiring penuh macam ni.

2 comments:

  1. Lain caro sham masak ni ke sham..bukan biaso goreng cili ngan segalo mak nenek tu baru masukan kuey tiaw tu.ko sham

    ReplyDelete
  2. Ontah la Acik.. Sham gugel resepi macam tu yang diajar eh.. ikut jo la.
    - macam-macam versi jumpo kek intenet..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...