Beautiful Friends

Thursday, June 4, 2015

Lepat Pisang.. eksperimen yang TER-menjadi..

Anak-anak dah selamat cuti summer break. Bila dah semua ada di rumah ni.. macam-macam hal la kan. One thing for sure.. lepas suboh baru masing-masing nak tidur (suboh jam 3.15am sekarang ni). Dah taraf macam kelawar la pulak.

Then the other thing.. mula la masing-masing makan tak ikut time. Dah tu.. bangun pun tak sama kan. At last.. time makan pun dah jadi carca-marba.

Dan dalam sibuk yang ntah haper-haper tu.. boleh tak perasan pisang pun dah jadi hitam lebam. Dari asyik buat cekodok pisang.. kena la fikir solution dari terbuang macam tu saja.

Ada la dalam 6-7 bijik dalam bakul tu..

Mujur ada daun pisang.. makanya..

Serius babe..
Seumur hidup memang tak pernah lagi buat lepat pisang on solo. Biasa tolong Omak tu ada la. Kut kat sini.. biasanya.. tumpang manja dengan Ani la. Ni Ani dah balik for good.. kena la ikhtiar lebih sikit.


Then dalam masa yang sama kita pun mula gugel resepi. Adeiihhhh.. apo la sonang bebona. Bahan-bahan pun tak banyak hal. Cumo tu la deh haa.. daun pisang kono layo la dulu.. ekkkkk.. ter-slang la pulak..

Aaaa.. tu ari Ibu pi iron-kan daun pisang tu kan. Ni ntah mana punya idea.. try and error jer sebenarnya ni.. Ibu try pulak layur atas iron plate ni.

Wallaweiiii.. lagi cepat rupanya. Ye la.. daun pisang tu pun bukan tebal mana sangat pun kan. Boleh buat selalu ni.


Dah tu jumpa pulak saki-baki kelapa parut masa buat inti pulut udang a.k.a pulut panggang tu ari. Jangan membazir babe..

Dah tentu la lepat pisang ni ada macam-macam versi. So kita boh jer la dalam pisang tu. Btw.. pisang tu Ibu penyek-penyek dengan garfu jer. Tak payah nak beriya pi blender segala. Then boh gula sikit.. by right kena guna gula pasir merah so nanti lepat pisang tu jadi lagi lemak and warna pun lagi cantik.

Tapi dah case emergency macam ni.. mana pulak nak mencarik gula pasir merah. So redha jer la dengan gula pasir putih yang biasa tu.


Actually.. kut nak share resepi or sukatan pun susah jugak sebenarnya. Sebabnya depend on pisang. And since pisang tu dah 'hitam lebam' i.e masak.. sure banyak air. Bila ada banyak air.. tepung pun kena adjust sepatutnya la kan.

So.. dipendekkan cerita.. agak-agak jer la ya.

Bab membungkus.. itu skill masing-masing la.. nak pendek gemuk.. kurus panjang. Ikut suka la kan. But knowing my mom sure membebel kut nanti tunjuk gambar semua tembam-tembam.. so I'm taking my time.. buat comel-comel macam masa berniaga dulu.

And.. if can.. jangan bungkus padat sangat. Nanti lepas kukus.. lepat pisang tu akan mengeras. Nanti takut pecah pulak daun pisang tu. So again.. agak-agak la ya.

Btw.. nak share sikit la.
Masa kita kerat daun pisang tu.. tang lebar tu sure almost the same size tapi panjang pendek sure macam-macam kan. So.. kut nak bagi senang masa membungkus tu.. sebaiknya kita siap-siap la gunting bagi saiz daun pisang tu biar sekata. Jadi masa membungkus tu.. immediately kita boleh adjust saiz. Nak cantik punya pasal maaa..

Ini la rupa sebahagian dari lepat pisang yang siap sedia untuk dikukus.

Bismillah..


The end result..
Since this is my first timer (seumur hidup ni babe).. berani la nak puji diri sendiri. Isshhh.. baru jer kelmarin share post bab 'sombong'.

Anyway.. what I'm trying to say here is..
Buat lepat pisang ni tak susah mana. Kalau Ibu yang kira sangat tak reti nak buat segala kuih-muih Melayu ni boleh pass.. those yang tangan sejak kecik dah biasa main tepung.. sap-sap-sui jer ni..


As usual..
Mesti ada saki-baki acuan lepat pisang yang kurang dari yang lain tu kan. Jangan membazir. And since ada pulak tinggal daun pisang lagi 'sehelai'.. maka jadilah ia lepat pisang yang tercomel dari hok yang lain-lain tu. And confirm.. orang lain tak boleh makan yang comel tu.

Alif-lam-lam-ha..
Yang comel tu.. Ibu sorang jer yang punya tu tau..

6 comments:

  1. Ibu, ada pernah dengar petua nak hilangkan kerak kat seterika kena strika daun pisang, tapi tak pernah lah pula amalkan...so klau layurkan guna strika kira dapat 2 in 1 ler kan.

    ReplyDelete
  2. Yang itu memang petua org tua dulu-dulu.
    Kalau ada kerak atau cebisan kain terbakar yang melekat di seterika.. memang daun pisang la jadi solution nyer kan.

    ReplyDelete
  3. Wallaaa... first timer pun punyalah cantik bungkus, kalau kena kat keras tangan kak rose sure jadi macam2 size n bentuk!

    ReplyDelete
  4. Kak Rose,
    Tu sebab tajuk.. eksperimen yang TER-menjadi..

    ReplyDelete
  5. Kak Sham, comeynya.lepaattt.... saya pernah memburukkan.lepat mak mertua saya...hehehe. Osah koreh eh tangan sey, kak. Dapek 3 biji.yo bungkuih, yang lain sumo.dio buek.sendiri...hihihi

    ReplyDelete
  6. Aziela,
    Buleh la..
    Tapi maso memulo tu.. tekial-kial gak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...