Beautiful Friends

Saturday, July 25, 2015

Kullu MALAZI Muslim..

ABC.. cerita basi..
Esoknya nak raya.. nak cari daging.. nak cari limpa untuk dibuat rendang.. juadah untuk ke majlis jamuan Hari Raya Aidil Fitri di Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait.

Tempat dituju.. Souk Mubarakiyah. And so dah alang-alang ke sana..

Kedai No. 23 jadi pilihan..

Tapi sebelum tu..
Dah jadi kebiasaan orang di sini masa petang akhir Ramadhan akan makan-makan di luar. And Souk Mubarakiyah dah tentu jadi tempat pilihan bagi the locals di kawasan Kuwait City.

Dan kami yang lagi rasa selesa dengan makanan yang dah lali ditekak..

Ulam jerjer is a must..

Complimentary from the restaurant.. kurma yang dah bersira.. manis likat..

Ikhlas.. kita dah selesa duduk.. pekerja mat'am masih lagi kelam kabut nak menghidang.. sayu jugak hati..

Nasi.. 1 piring ni boleh share 2 orang makan.. banyak..

Rezeki kami..

Ikan bakar..

Riyash yang macam dah rentung.. orang ramai kan.. semua nak cepat..

Shih tawouk.. ayam panggang..

Kufta atau daging kepal..

Teh kelat.. complimentary dari restaurant..


Us with one of the staff..
Mamat ni fasih berbahasa Peranchis dan English. Arabic.. dah tentu la kan. And since ramai sangat Malaysian yang mai makan kat kedai ni.. so dia sikit-sikit tengah belajar Bahasa Melayu..


Buah ceri..
Buah ceri kat pasar ni lebih besar-besar (puas la makan) and harganya lebih murah jika dibandingkan dengan yang biasa dijual di market.


The seller yang tersangat la peramah.. siap nyanyi-nyanyi lagi untuk kami. And the moment he knew that we're from Malaysia (orang sini sebut Malazi) terus dengan bangga dia sebut.. Kullu Malazi Muslims.. orang Malaysia semuanya Muslim.

Walau hakikatnya hanya kita yang tahu.. tumpang bangga jugak bila dengar orang luar beranggapan sedemikian.


And our photo session wrap-up our story for that night.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...