Beautiful Friends

Monday, August 17, 2015

Dubai Aquarium - World Largest Acrylic Panel


Dubai Aquarium and Underwater Zoo in The Dubai Mall, is the holder of the Guinness World Record for the 'World's Largest Acrylic Panel'. Itu ayat copy paste dari Marine Wikipedia. Memang besar.. puas jugaklah nak khatam segala suku-sakat dalam akuarium hari tu.

Nak masuk.. kami berlima tu hari kena bayar 500 dirham. Then masuk jer.. kena posing-posing dulu. Tapi jangan terpedaya.. gambar tu bukannya free. Kut nak gambar tu buat kenang-kenangan.. kena bayar lagi.. semua yang duit babe.

Tapi yang sebenarnya.. akuarium ni located at the second floor.. so memang kena tawaf keliling la jugak sekejap. So.. kut dah sampai sana.. sebelum naik ke atas.. selagi tak puas nak bergambar dengan jaws kat dalam tangki tu.. posing la puas-puas dulu. Dah naik tingkat atas.. tak jumpa jaws lagi dah.

Di sini jugak ada makmal.. tapi tak la besar mana sangat pun..

Tak beranilah hamba..


I asked her..
In your line of work.. have you ever been bitten by the fish while feeding them..
Dengan muka senyum dia jawab.. No, and I hope never..

Buat kenang-kenangan..

Memang sungguh ada yang dah nyawa-nyawa ikan..

Ada yang nak bela buat pet tak?

Piranha.. ada yang berkenan?



Dulu ada jugak sekor kura-kura Ibu bela sampai besar macam ni.. at last pi hantar kat kolam sekolah di Gentam, K.Pilah. Dah besar sangat.. tak mampu nak bagi makan.


Star fish..
Ada jugak yang biru tapi tak sempat nak ambik gambar.. ramai sangat yang tunggu turn..


Antara yang paling famous.. geng Nemo..


Ini kut buat masak lemak cili api.. seminggu pun belum tentu boleh setel ni..

Yang ini pun ramai gak peminat.. especially budak perempuan..



Dalam banyak-banyak gambar.. masa snap gambar buaya ni la yang Ibu rasa paling 'semacam'. Rasa macam buaya tu nampak jer Ibu yang kat luar cermin tu (ke memang nampak). Then masa buaya tu bergerak.. memang sikit pun air tak berkocak. Btw.. buaya ni memang jenis 'besar' and memang dibawak khas dari Australia.


Tak faham langsung motif spider ni dia orang dok tepek kat dinding akuarium..

Sebenarnya banyak lagi jenis hidupan laut yang ada kat akuarium tu. Tapi sedia maklum.. bukan semua yang kita berkenan nak snap gambar and bukan semua pulak gambar yang 'menjadik'. Dalam lampu suram.. maklum jer la ya.

Anyway.. kut dah sampai Dubai Mall.. banyak tempat gak boleh layan. Nak layan ice-skating pun boleh. Sediakan sajalah 'dirham' nyer.

Kat Dubai Mall ni pun nak makan senang. Food court ada jual macam-macam. Harga pun not bad. Nak shopping.. well you have come to the right place. And Dubai Mall ni jugaklah jadi penutup agenda kami libur-libur over the weekend tempoh hari. Lepas tu terus balik hotel.. check-out and terus ke airport.

Habis cerita dah..

Yours truly.. Tuan Tanah..

4 comments:

  1. Perghhh semuanya berduit jer ye ibu sham..
    Tapi puas hatilah ye..
    Puas tawaf satu Dhubai Mall tu :)

    ReplyDelete
  2. Waaaa best nya...
    Akak ni mmg dok dubai ke?

    (Lurus btul soklan saya... hihihi... sorry kak)...
    Sambil tutup muka dgn bantal.
    Hihihi

    ReplyDelete
  3. K.Sham tak dok Dubai.
    Kami buat masa ni menumpang hidup kat Kuwait.

    - sambil tengah membayangkan ada orang tu tutup muka ngan bantal.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...